9 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan

Selain inginkan tubuh badan yang sihat, mesti semua orang nak badan yang kurus dan langsing kan terutamanya wanita.? Dah cuba macam-macam cara tapi tak berjaya kurus jugak?

Mesti ada something wrong somewhere ni. Jom kita check 9 cara kuruskan badan dengan cepat dan berkesan.

1. Setkan Minda untuk Kurus

Yang ni memang paling penting iaitu mindset. Jika kita setkan dalam minda kita untuk kurus, ia secara tidak langsung akan positifkan minda kita kearah tersebut.

Contohnya jika kita ingin makan dengan banyak, kita akan dengan sendirinya control atau kawal pengambilan makanan kita dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat kerana kita sudah setkan dalam minda kita untuk kurus. Tetapi perlu bersungguh-sungguh dan jangan hangat-hangat tahi ayam je tau.

2. Makan dalam Kuantiti Kecil

Perasan tak semua makanan yang dihidangkan di restoran atau rumah di Jepun dihidangkan dalam mangkuk kecil dan kuantiti yang sedikit?  Memang benar, bagi rakyat Jepun aturan dan nilai estetika penyediaan makanan tu yang penting. Bukannya makan ikut sesedap rasa. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap lebih baik dari makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Apabila perut kita sudah terbiasa dengan cara pemakanan tersebut, ia secara tidak langsung dapat melatih perut kita untuk makan dalam kuantiti kecil.

Antara aturan asas makan gaya rakyat Jepun adalah makan dengan perlahan, makan dalam kuantiti kecil, piring jangan isi makanan sepenuhnya dan berhenti makan sebelum kenyang.

3. Tukar kepada Makanan Rendah Lemak

Jika sebelum ini anda sering makan makanan yang tinggi kalori, apa kata tukar kepada makanan rendah lemak. Antara contoh makanan rendah lemak ialah air. Ini bukan bererti anda perlu minum air sahaja sehingga kenyang. Anda boleh mangambil makanan yang mengandungi banyak air contohnya jeruk bali atau karrot mentah.

Selain itu boleh juga amalkan makanan rendah lemak yang lain contohnya sup, bayam, cendawan, oat, ikan dan daging.

4. Elakkan Makan & Minuman Bergula

Cara yang ke-4 ni memang diakui paling susah untuk kita ikut. Ini kerana, sedari kecil sudah dibiasakan dengan makanan dan minuman yang tinggi gula. Makanan-makanan manis yang  sedap macam kek, aiskrim, coklat memang susah nak tinggal. Jadi, mulai hari ini, slow-slow ubah lifestyle dan cara pemakanan kita dengan meninggalkan makanan dan minuman yang bergula.

InsyaAllah, jika dapat ikut dengan konsisten, bukan sahaja badan dapat kurus dengan cepat, tetapi juga dapat meningkatkan tahap kesihatan kita.

5. Belajar tentang Kiraan Kalori

Apa itu kalori? Kalori tu ukuran unit tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joules). Kita dapat kalori tu dari sumber-sumber utama dalam makanan seperti karbohidrat, protein & lemak dalam makanan yang kita makan. Kita makan untuk dapatkan khasiat bagi badan kita & yang paling penting untuk dapatkan kalori yang akan kita guna untuk lakukan aktiviti harian kita, membolehkan anggota luaran & dalaman kita berfungsi juga untuk kita bernafas kerana setiap pergerakan memerlukan kalori.

Setiap orang memerlukan jumlah kalori yang berbeza mengikut jantina, umur, berat dan jumlah aktiviti yang dilakukan setiap hari. Jadi, kita perlu belajar tentang kiraan kalori yang badan kita perlukan dan dengan cara itu, kita boleh mengawal pengambilan makanan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *