9 Cara Yang Pelik Untuk Kurangkan Berat Badan Yang Sangat Berkesan!

Memang tidak dinafikan kalau ingin kurangkan berat badan, kita perlu banyak bersenam dan menjaga pemakanan. Tapi jika anda ingin menggunakan cara tambahan untuk mengurangkan berat badan dengan lebih cepat, cubalah 9 petua unik ini.

Petua-petua ini mungkin nampak pelik, tapi ia dapat menolong mencapai berat badan impian anda!

1. Kurangkan berat badan dengan ambil makanan manis waktu pagi

ntuk mereka yang gemar makanan manis, kami sarankan anda untuk menambah makanan manis semasa sarapan pagi. Contohnya, menambahkan cip coklat bersama penkek atau oat yang anda makan pada waktu pagi.

Ini akan menghalang anda dari mencari makanan manis yang lain ketika berehat atau waktu minum kopi nanti.

2. Nyalakan lilin haruman vanilla 

Haruman vanilla boleh menenangkan otak dan boleh mengurangkan keinganan anda untuk makan pencuci mulut. Tak adalah rasa nak mengunyah saja!

3. Kurangkan berat badan dengan sarapan yang lebih berat

Kajian menunjukkan orang yang makan banyak dan berat untuk sarapan pagi boleh kurangkan berat badan berbanding mereka yang hanya makan sedikit sahaja.

Pelik tetapi benar! Tapi pastikan anda memilih makan yang berkhasiat dan kurang lemak. Makanan berlemak hanya akan memberi kesan sebaliknya.

4. Minum air suam untuk kurangkan berat badan

Satu gelas air sejuk akan kelihatan lebih menyegarkan, tetapi segelas air suam dapat membuat anda rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan.

5. Kurangkan berat badan dengan makan guna pinggan warna biru

Kajian telah menunjukkan warna merah, kuning dan oren akan merangsangkan selera makan, tapi warna biru akan memberi kesan yang bertentangan.

Jadi apa kata kita try beli pinggan warna biru pula? Hehe. Pasti suami akan rasa hairan kalau pinggan dan kain meja tiba-tiba bertukar biru!

 

6. Kurangkan berat badan dengan mandi air sejuk

Tahukah anda badan manusia mempunyai 2 jenis tisu lemak: lemak putih dan lemak perang?

Fungsi lemak perang ialah untuk menjanakan tenaga haba untuk tubuh. Jadi apabila badan anda terdedah kepada suhu yang lebih sejuk, ini akan mengaktifkan pembakaran lemak perang.

7. Ikat reben di keliling pinggang

Ataupun cuba petua wanita Perancis yang mengikat reben pada pinggang dalam pakaian mereka untuk mengawal pemakanan!

Apabila reben itu menjadi ketat, itu bermaksud anda patut berhenti makan. 

8. Pudina untuk kurangkan berat badan

Pudina tidak hanya menyegarkan nafas, tapi ia juga boleh menahan selera makan. Jadi mintalah teh pudina dan bukan kepingan kek tambahan.

Melhor método para secar a barriga. Clique aqui para aprender como emagrecer e ficar com o corpo fitness que você tanto gostaria. #comoemagrecer #fitness #secarbarriga #perderbarriga

9. Elak iklan makanan

Kajian telah mendapati iklan makanan boleh merangsangkan selera makan.

Teruk lagi kalau di rumah banyak snek-snek kecil sepeti kacang, kerepek dan makanan lain. Inilah mengapa anda patut melanggan rancangan Netflix, kalau tak ada yang telefon McDelivery nanti!

Click To Know More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *