Bahaya Bersalin Di Rumah!

Apakah bersalin di rumah selamat untuk dilakukan?

Pada zaman kini, walaupun teknologi perubatan sudah semakin maju, namun masih ada segelintir ibu yang memilih untuk melahirkan anak di rumah berbanding di hospital. Apakah yang berlaku sekiranya ibu bersalin kembar?

Ibu Bersalin Kembar Di Rumah Dengan Bantuan Bidan

bersalin kembar di rumah dengan suami

Baru-baru ini, di Melbourne, Australia, seorang ibu bernama Brooke telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar di rumahnya. Dibantu oleh seorang bidan, proses persalinan itu berjalan lancar, dan kedua bayinya lahir dalam keadaan baik. Brooke tidak menyangka yang dia akan melahirkan kembar di usia kehamilan 35 minggu. Dia dibantu oleh seorang bidan bernama Martina Gorner dari Ten Moons Homebirth Services.

Proses bersalin kembar Martina membantu Brooke melahirkan kembar di rumah ini telah dikongsi di laman Facebook Ten Moons Homebirth Services. Namun, Department Rawatan dan Kebidanan Australia menganggap ini adalah hal yang berbahaya. Akibat dari itu, Martina disekat dari melakukan sebarang aktiviti kebidanan apapun sepanjang siasatan terhadap kes bersalin bayi kembar Brooke dilakukan.

bersalin kembar di rumah

Risiko Melahirkan Kembar Yang Perlu Diketahui

Apakah alasan bidan Martina disekat dari melakukan tugas adalah kerana dia membantu Brooke melahirkan bayi kembar di rumah?Walhal dia membantu seorang wanita untuk melahirkan anak dengan selamat.

Hal ini adalah disebabkan melahirkan bayi tidak cukup bulan termasuk dalam kategori kehamilan berisiko, apalagi apabila bayi itu kembar. Bagi keadaan ini, ibu perlu bersalin di hospital supaya mendapatkan bantuan medikal yang sepatutnya sekiranya proses bersalin tersebut mempunyai komplikasi!

bersalin kembar normal

Umumnya, kehamilan kembar memang berisiko tinggi mengalami kelahiran tidak matang. Malahan keadaan ini seringkali diikuti komplikasi lanjutan seperti berat lahir bayi rendah, bahkan kematian bayi.

Menurut laman Liputan 6, Dr Indra NC Anwar, seorang doktor di Klinik Teratai RS Gading Pluit mengatakan bahawa kehamilan kembar adalah hal yang sangat berisiko bagi ibu dan janin.

Hal ini disebabkan wujudnya lebih dari satu janin di rahim ibu membuat mereka harus berkongsi nutrisi dan oksigen, menyebabkan keperluan bayi untuk berkembang boleh menjadi terbatas atau kurang. Terdapat pelbagai risiko komplikasi lain seperti kelahiran pramatang, cerebral palsy, bahkan risiko kematian.

Sebaiknya, kelahiran bayi kembar dilakukan di hospital bagi mengelakkan risiko buruk. Jangan ambil risiko yang ibu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *