Keguguran Akibat Terlalu Lasak, Ibu Tahu Apa Rawatan Lepas Keguguran?

Keguguran, juga dikenali sebagai pengguguran spontan dan kehilangan kehamilan, adalah kematian semula jadi embrio atau janin sebelum dapat bertahan hidup secara sendiri. Wanita yang mengalami keadaan ini perlu mengambil tahu langkah selamat untuk dilakukan selepas keguguran terjadi.

Mana-mana wanita yang hamil pastinya tidak mahukan berlakunya keguguran terhadap kandungan mereka.

Rawatan Selepas Keguguran

Apabila berlaku keguguran, kebanyakkan wanita tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan selepas mengalami pendarahan yang banyak.

Jalan terbaik selepas yang mengesyaki anda keguguran adalah dengan pergi ke klinik atau hospital dengan kadar segera dimana pakar perubatan akan melakukan kaedah berikut:

  1. Pemerhatian (observation) – kebanyakan ibu yang mengalami keguguran tidak memerlukan rawatan, baik rawatan perubatan atau pembedahan.  Jika keguguran berlaku sebelum minggu ke-13, dan si ibu stabil (tidak tumpah darah yang banyak atau tidak dijangkiti kuman), cukup sekadar pemerhatian sahaja.  Selalunya janin tersebut akan keluar dari rahim dalam masa seminggu dua.  Ada kalanya mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas itu.  Apabila kandungan itu keluar, doktor selalunya akan membuat ultra bunyi untuk melihat tiada bahagian janin yang masih tertinggal di dalam rahim (incomplete miscarriage).
  2. Rawatan perubatan – sesetengah kes, doktor akan memberi ubat pil untuk dimakan atau masukkan ke dalam faraj untuk mengeluar kandungan yang telah keguguran tersebut
  3. Rawatan Pembedahan – prosidur ini dinamakan dilatation & curettage (D&C). Doktor akan membuka (dilatation) pangkal rahim (servik) dan membuat curettage (cuci) dalam rahim bagi mengeluarkan janin yang telah keguguran tersebut.  D&C dilakukan jika si ibu tidak mahu menunggu janin keluar secara spontan ataupun terdapat banyak pendarahan atau jangkitan berlaku. Suatu kaedah lagi yang boleh digunakan adalah “MVA”, iaitu “Manual Vacuum Aspiration” atau kaedah menyedut janin yang agak mudah dilakukan.

Tips Jaga Kesihatan Selepas Keguguran

Wanita yang keguguran selalunya akan mengambil tahu tentang proses berpantang.Selain melakukan pantang, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh wanita yang baru keguguran bagi memastikan badan sihat sepenuhnya.

  • Selepas keguguran, ibu dinasihatkan supaya tidak memasukkan apa-apa bahan (tampon) atau douching selama 2 minggu.
  • Selalunya doktor menasihatkan tunggu 2-3 bulan sebelum cuba untuk mendapatkan zuriat lagi.
  • Namun sekiranya anda mahu merancang kehamilan, perlu diketahui yang tiada masalah jika anda mahu mengambil kaedah perancang (termasuk IUCD) selepas keguguran.
  • Doktor mungkin memberi ubat tambah darah dan antibiotik untuk mengurangkan kurang darah (lihat anemia) dan risiko jangkitan (keguguran septik).
  • Bagi ibu yang berdarah Rh negative- pula, RhoGam® perlu diberikan supaya mengurangkan risiko keguguran untuk kandungan yang akan datang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *