KEMUSYKILAN RAKYAT: Beribadah Dengan Hasil Haram

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Sekiranya seseorang sedekah kepada Kita wang(tapi Kita tahu wang itu Wang interest) bolekah kita gunakan Wang ini untuk tunaikan umrah? 

Yang Jahil
Terima kasih Ustaz.

Jawaban

Wa’alaikum salam, sesuatu asas yg perlu kita ketahui bahawa semua yg baik tidak akan diterima melainkan dari yg baik.
Dasarnya adalah hadits Nabi saw:
Sesunguhnya Allah itu Baik, Dia tidak menerima melainkan dari yg baik.
Melakukan ibadah seperti haji, umrah dan sedekah dengan hasil yg haram seperti hasil judi, riba dan sebagainya hanya menjadikan ibadah itu sia sia.
Tidak kira sama ada hasil haram itu adalah dari usaha kita sendiri atau usaha orang lain.
-24%
Top Selling
Out of stock
$75.90 $58.00

Aura Prestige Serum 60ml & Mandian Bidara Madinah CleanBest 200ml

-54%

Best Selling

Itchy Anywhere

$10.90$78.00

Itchy Anywhere Soap & Itchy Anywhere Cream.  Melegakan kegatalan kulit.

Melainkan kita mendapatkannya melalui jalan yg hak yg merupakan hak kita contohnya orang yg berhutang kepada kita kemudian dia bayar dari hasil judi dan riba.
Dalam hal ini kita menerimanya berdasarkan hak kita maka yg berdosa adalah pelakunya maka apa yg kita lakukan dari pendapatan hak kita adalah sah.
Begitupun isteri yg menerima nafkah dari suaminya yg menggunakan hasil haram, nafkah adalah hak anak isteri, selama mana apa yg mereka terima adalah hak mereka maka halallah bagi mereka yg berdosa adalah suaminya.
Namun isteri dan anak atau siapa sahaja tidak boleh menerima hasil haram sebagai hadiah. Hadiah dan Hak adalah berbeza.
Ia sama dengan isu seorang yg membeli sesuatu yg dibayar dengan hasil curi atau judi. Jual belinya adalah sah dan penjual menerima bayaran tersebut sebagai haknya.
Namun ada juga ulama yg mengatakan syarat halal bagi seseorang yg menerima haknya seperti isteri, anak, ibu bapa yg menerima nafkah, bayaran hutang dan penjual adalah sama dia tahu atau tidak uang yg diterima itu dari hasil haram, jika dia tahu ia adalah dari hasil haram maka sebaiknya ia tidak menerima dan membelanjakannya. Sebaiknya juga apabila kita menerima apa2 bayaran yg merupakan hak bagi kita, kita tidak perlu ambil tahu si pembayar atau pemberi membayar guna hasil halal atau haram.
Di dalam Al Quran Allah swt ada menegaskan bahawa:
“Tidak sama orang yg tahu dengan orang yg tidak tahu”
Wallahu A’lam
-24%
Top Selling
Out of stock
$75.90 $58.00

Aura Prestige Serum 60ml & Mandian Bidara Madinah CleanBest 200ml

-54%

Best Selling

Itchy Anywhere

$10.90$78.00

Itchy Anywhere Soap & Itchy Anywhere Cream.  Melegakan kegatalan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *