Soalan
Assalamualaikum Ust, mohon penjelasan, saya ada terbaca posting yg mengatakan sebenarnya Corona Virus ini telahpun tersebut dalam Al Quran, adakah benar?
Jawaban
Wa’alaikum salam, Tidak, Tidak benar Corona Virus telah ada tersebut dalam Al Quran!
Saya juga ada terbaca posting segelintir so called ahli ilmu yg ada membuat kenyataan sedemikian.
Saya lihat ada 2 sebab mengapa individu tersebut membuat dakwaan sedemikian.
Pertama – Kerana Jahil
Kedua – Kerana mahu berbohong
Sanggahan sebab pertama;
Corona adalah bahasa Science yg membawa erti Kuman yg berjangkit dari haiwan kepada manusia
Lafaz yg membawa maksud yg seperti itu 100% confirmed tidak ada dalam Al Quran
Al Quran adalah kitab Allah yg menggunakan bahasa Arab Fushah
Memang adalah lafaz2 dalam Al Quran yg berbunyi
Quruun ertinya Zaman
Qarn erti Generasi
Qarna ertinya Menetap
Qaaruun merupakan nama seorang terkaya zaman Nabi Musa as
Quranaak ertinya Pendamping dari bangsa Jin
Tidak ada satu lafazpun dalam Al Quran yg membawa erti Virus Haiwan
Hanya orang yg tidak faham maksud Al Quran sahaja yg membuat dakwaan kononnya perkataan Corona ada tersebut dalam Al Quran
Kedua – Kerana Kebohongan
Al Quran adalah Kitab yg benar dari Tuhan yg Maha Benar justru ia tidsk memerlukan Kebohongan utk membuktikan kebenaran dan kehebatannya
Hanya perkara2 yg Tidak Benar memerlukan Kebohongan utk ditegakkan
Oleh itu kita tidak perlu berbohong atau menggunakan Kebohongan utk menegakkan kebenaran Al Quran
You dont have to lie to prove that Al Quran is true.
You are not any favour to Al Quran with lying.
If you still want to lie for Al Quran, than your mouth need to Sanitizes!
Wallahu A’lam