Kemusykilan Rakyat: Lagi2 Masalah Alcohol

Soalan
Salam Ust, saya ada terbaca article BH tentang kenyataan seorang pegawai Muis bahawa penggunaan alcohol sanitizer dibolehkan atas dasar dhorurat bahkan boleh jadi wajib, apa komen ustaz?

Jawaban
Wa’alaikum salam, pertamanya, adalah tidak adil bagi saya memberikan komen tentang kenyataan yg buat tanpa mendengar atau membacanya sendiri oleh itu saya tidak akan memberi berdasar apa kononnya dikatakan oleh pegawai muis tersebut.

Walau bagaimanapun saya ingin jelaskan tentang konsep Dhorurat didalam hukum syariat Islam.

Saya bersyukur disebalik musibah wabak ini kita berkesempatan utk membicarakan tentang isu2 seperti alcohol secara terperinci kerana pada zaman ini ada banyak urusan2 hidup yg ada kaitan dengan alcohol.

Apa itu Dhorurat?

Menurut ulama madzhab As Syafie Imam asy-‘uyuti mengatakan bahawa darurat adalah sampai disatu tahap dimana seseorang itu akan binasa atau hampir kepada kematian jika tidak menggunakan benda yg terlarang.

Memang benar dalam keadaan Dhorurat hukum boleh berubah, yg asalnya Haram boleh jadi Harus bahkan Wajib.

Namun, atas dasar ketentuan dan ketetapan Allah swt itu tidak boleh dirubah sembarangan maka hukum Dhorurat tidak boleh ditetapkan secara sembarangan.

Dhorurat ada syarat2nya sebelum sesuatu hukum dapat dirubah, antara syarat2 Dhorurat
adalah ringkasnya Tidak Ada Altenatif Lain.

Ini seperti yg telah disebutkan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya Al-Wasit fi Usul Fiqh al-Islami

“Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu.”

Dr Abdullah At-Tihaamy mengatakan:

“Tidak boleh dihilangkan dengan cara yang halal ataupun cara yg diharuskan untuk melepaskan dari keadaan dharurah.

Mestilah dipastikan bahawa tiada benda halal lain yang boleh diambil melainkan yang haram sahaja untuk dia menghilangkan kemudaratan
yang berlaku.

Jika terdapat salah satu cara lain yang diharuskan syarak, maka tidak boleh dia melakukan perkara yang diharamkan.

Firman Allah Taala :
Maksudnya : Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya
kamu” dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya! serta taatlah akan perintah-perintahnya.”

Berdasarkan fakta ini penggunaan Hand Sanitizer yg mengandungi Ethyl Alcohol iaitu Alcohol arak tetap kekal Haram tdk boleh digunakan kaedah Dhorurat selagi ada alternatif lain seperti adanya Alcohol Isopropyl yg Halal dan juga Sanitizer yg tdk dibuat dari bahan alcohol sama sekali.

Wallahu A’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *