Kemusykilan Rakyat: Membelikan dan Menghantar Makanan Tidak Halal kpd Non Muslim

Soalan
Salam Ustaz, adakah kita sebagai orang Islam dibolehkan contohnya bekerja sebagai penghantar makanan, menghantar makanan yg tidak halal kepada orang2 bukan Islam?

Jawaban

Wa’alaikum salam, isu ini memang ada khilaf dikalangan para ulama, Adakah apa yg diharamkan ke atas orang Islam haram juga ke atas orang bukan Islam?
Menurut jumhur atau majoriti ulama, apa2 yg haram utk orang Islam maka haram juga utk orang2 bukan Islam justru menjual apa2 yg haram kepada orang2 bukan Islam hukumnya adalah haram.

Namun dalam penyelidikkan yg lebih mendalam dalam hal ini didapati ada perkara2 yg sudah jelas hukumnya dan ada perkara2 yg tidak jelas hukumnya.

Adapun yg sudah jelas hukumnya seperti arak, judi, zina, pakaian yg tidak menutuo aurat, maka diharamkan utk orang Islam dan juga yg bukan Islam justru orang2 Islam diharamkan bekerja sama atau membantu atau berjual beli dalam perkara2 tersebut.

Ini adalah kerana akibat mafsadah atau kerusakkan dari perkara2 tersebut kesannya adalah umum.

Adapun perkara2 haram yg tidak jelas hukumnya adalah Hukum memberi, menyediakan dan menolong mendapatkan, menghantar benda2 haram yg kesan akibatnya hanya kepada individu tetapi tidak kepada umum seperti memakan babi, sembelihan yg tidak halal, tolong membelikan perhiasan emas utk lelaki yg bukan muslim dan sebagainya, maka wallahu a’lam ini hukumnya adalah makruh sahaja.

Kerana yg jelas memakan babi, sembelihan yg tidak sebut nama Allah, makanan yg berupa haiwan2 terlarang seperti ular, buaya, harimau dll dan memakai emas bagi lelaki hanyalah diharamkan ke atas orang2 Islam sahaja.

Justru kesimpulannya bagi persoalan diatas,
Menghantar, menyediakan dan membantu mendapatkan arak, judi, zina, pakaian tdk menutup aurat adalah haram yg jelas disisi syarak.

Adapun Menghantar, menyediakan dan membantu mendapatkan makanan2 selain arak yg Tidak Halal utk orang2 bukan Islam hukumnya adalah makruh.

Tidak dilakukan lebih baik tetapi apabila terpaksa tidak mengapa.

Lebih2 lagi dalan situasi dhorurat begini, ramai yg tidak dapat keluar rumah utk mendapatkan keperluan harian.

Islam tidak melarang kita saling tolong menolong dalam kebajikkan hatta terhadap masyarakat yg bukan Islam sekalipun asalkan ia bukan perkara2 yg jelas haramnya.

Wallahu A’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *