KEMUSYKILAN RAKYAT – Sama ada mahu Faraidh atau Wasiat atau Hibah?

Sama ada mahu Faraidh atau Wasiat atau Hibah?

Semua setiap satu ada syarat2 tersendiri

Mahu dibahagikan ikut Faraidh?
Harta Faraidh syaratnya hanya dibahagikan setelah meninggal yg empunya harta
Sebelum meninggal tdk ada istilah atau hukum Faraidh
Namun semua yg disenaraikan sebagai Ahli Waris akan mendapatkan bahgiannya seperti yg telah ditentukan Allah swt sama ada kita suka atau tidak.
Kerana harta kita setelah kita mati kita tidak lagi punya kuasa terhadapnya, ia kembali pada Allah swt dan Allah akan bahagikan kepada Ahli Waris mengikuti apa yg Dia sudah tetapkan.
“Ini harta bukan Ahmad Albab yg punya, ini harta Allah yg punya…….ha ha ha ha”
Mahu diWasiatkan?
Wasiat juga ada syaratnya antaranya:
Wasiat tidak boleh semua harta hanya 1/3 sahaja dan orang yg diwasiatkan tdk boleh dikalangan Ahli Waris dan dia hanya mendapatkan apa yg diwasiatkan utknya selepas meninggal orang yg empunya harta
Mahu diHibahkan?
Hibah maknanya Hadiah, justru Hibah juga ada syaratnya:
Hibah hendaklah diserahkan semasa hidup si empunya harta kepada orang yg dia hadiahkan kepada siapa sahaja yg dikehendakinya tak kira ahli waris ataupun tidak.
Jika setelah dihibahkan kemudian ditakdirkan orang yg si penerima hibah itu meninggal terlebih dahulu, maka ketika itu yg pemberi hibah tidak lagi mempunya hak tehadap harta tersebut dan ia menjadi harta warisan kepada penerima hibah tersebut. Tak boleh minta balek!
Ini yg banyak menyebabkan si pemberi hibah akhirnya gigit jari, lain yg dia plan lain jadinya.
Ini namanya Wal Kormak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *