Kemusykilan Rakyat: Solat bagi para petugas yg merawat pesakit Covid 19 dengan pakaian tertutup rapat

Soalan
Assalamualaikum Ustaz, mohon dijelaskan bagaimana kami yg bertugas di hospital mengendalikan orang2 yg ada kaitan dengan penyakit Covid 19 dalam keadaan kami sentiasa berpakaian tertutup dan sangat bahaya sekiranya kami membukanya.

Jawaban

Wa’alaikum salam wr wb, semoga jawaban salam saya ini menjadi doa saya agar anda yg bertugas dibarisan hadapan sentiasa terselamat dari wabak ini.

Kedua salute saya kepada anda dan semua petugas yg bertungkus lumus berjuang dan berkorban utk menjaga keselamatan kami semua.

Ketiga, Islam adalah agama Rahmat dan tidak sama sekali didatangkan utk menyusahkan ummat manusia justru dalam syariat Islam ada banyak kelonggaran2 yg telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya dalam suasana kegawatan dan dhorurat.

Tiada siapa yg boleh menyelamatkan kita dari apa jua keadaan merbahaya melainkan Allah swt justru jangan sesekali kita kita putuskan hubungan kita dengan Allah swt.

Dinasihat anda mengambil langkah2 ini utk terus dapat beribadah kepada Allah semasa bertugas:

1) Berwudhuk dahulu sebelum memakai pakaian keselamatan anda. Jadi apabila sampai waktu solat anda boleh terus solat dengan pakaian tersebut tanpa perlu menanggalkannya. Insya Allah solat anda akan diterima kerana keadaan dhorurat dibolehkan kita melakukan perkara2 yg tidak diboleh semasa dalam keadaan biasa.

2) Anda dibolehkan melakukan solat jamak, dzohor dengan asar, maghrib dengan Isyak. Jangan tinggalkan solat dengan alasan qadhak kerana qadhak tidak disyariatkan melain kepada orang yg tertinggal solat bukan bagi yg meninggalkan solat.

3) Melambatkan solat pada penghujung waktu, maksudnya bagi solat dzohor dan asar anda lakukan pada waktu terakhir, yg penting sebelum masuk waktu maghrib. Sudah tentang sesibuk mana anda akan ada waktu rihat, maka gunakan waktu tersebut utk menunaikan tanggung jawab solat anda niscaya anda akan dirahmati Allah dan dipeliharanya. Begitupun juga dengan solat maghrib dan Isyak, jika anda mula bertugas selepas masuk waktu maghrib, maka segera lakukan solat maghrib dan juga isyak secara jamak kemudian baru mulakan tugas hinggalah the next solat anda adalah solat subuh.

4) Semasa menunaikan solat, ambil sahaja yg rukun jika keadaan terdesak. Maksudnya bertakbiratul ihram, baca Al Fatihah, ruku’ dengan membaca sekali shj dzikir ruku’, i’tidal dan sujud juga cukup dibaca sekali shj bacaan dzikir sujud, duduk antara dua sujud dengan hanya membaca Rabbighfirli sekali kemudian sujud lagi dan seterusnya diulangi seperti raka’at yg pertama hingga selesai.
( Mana2 yg tidak faham boleh bertanya lagi pada saya atau pada asatizah anda)

5) Anda juga dibolehkan bersuci dengan bertayyamum jika kesulitan utk bersuci dengan air. Cukup ditekapkan kedua tangan ke mana permukaan yg diyakini ada debu lalu disapukan sekali shj ke muka dan ke dua telapak tangan hingga ke pergelangan justru dengan itu anda tidak perlu membuka baju keselamatan anda.

Adapun tentang niat solat jamak lakukan seperti ini:

Katakan dalam hati semasa memulakan solat zohor pada waktu zohor

Aku solat zohor 4 rakaat kerana Allah

Jika lakukan zohor pada waktu asar

“Aku solat menjamakkan zohor pada waktu asar 4 rakaat kerana Allah swt

Jika melakukan solat asar pada waktu zohor

“Aku solat menjamakkan asar pada waktu zohor 4 rakaat kerana Allah swt”

Begitulah juga dengan solat maghrib dan isyak.

“Aku solat menjamakkan maghrib pada waktu isyak 3 rakaat kerana Allah swt”

“Aku solat menjamakkan isyak pada waktu maghrib 4 rakaat kerana Allah swt”

Semua ibadah yg dilakukan dengan mengambil kelonggaran seperi bertayyammum dan solat jamak tidak perlu diulangi lagi sampai bila2 kerana kesemua ibadah tersebut telah sah menurut apa yg disebut oleh Allah swt dalam KitabNya dan juga tuntunan dari RasulNya saw.

Semoga jawaban ini dapat meringankan hati saudara2 kita yg bertugas dibarisan hadapan.

Saya tutup dengan firman Allah swt yg tertera pada ayat ke 185 surah Al Baqarah:

“ Allah mengkehendaki utk memudahkanmu dan sama sekali Allah berkehndak utk menyusahkanmu”

Dan begitupun pada ayat 286 Al Baqarah
“ Allah tidak membebankan kepada sesuatu jiwa melainkan menurut kemampuannya”

Yg penting buat jangan tak buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *