KERJA MALAM DI HOTEL

Salam nama aku faiz. Aku pelajar jurusan kulinari dekat 1 kolej swasta ternama dekat Kuala Lumpur. Nak dipendekan cerita sem terakhir aku belajar ,bermula la kisah aku jadi student intership dekat mana-mana hotel. Nak jadikan cerita aku pilih hotel area putrajaya sebab dekat dengan rumah kakak aku. Nak jimat la katakan.

Hotel ni terletak dekat kawasan pinggiran putrajaya. Hotel Agak ternama sebab hotel dah lama. Nak dijadikan cerita seminggu dah dekat hotel nie kerja shift siang. Mula-mula semua okay je. Tapi start minggu kedua aku kena naik shift malam dengan alasan chef mula percaya dekat aku sebab boleh buat kerja. Waktu kerja siang dan malam agak berbeza. Siang ramai staff yang kerja. Kalau waktu malam boleh kira berapa orang je yang kerja. Mula-mula seronok sebab kerja sendiri takda bosskan, tapi aku silap. Seminggu kerja shift malam kenangan silam yang tak dapat aku lupakan terjadi.

Kalau korang masih ingat tragedi Kapal terbang malang MH370 yang hilang dan terhempas tue, aku baru sehari naik kerja malam. Kalau korang nak tahu hotel aku ni jadi tempat siasatan bagi pihak kerajaan dengan ditempatkan keluarga mangsa MH370 tue. Cerita bermula pukol 4.30 pagi, aku dengan chef hotel pergi hantar makanan sarapan pagi buat pihak siasatan MH370 tue. Kalau korang nak tahu dekat hotel akan ade jalan tikus yang membolehkan staff lalu ikot jalan dalam. Dari dapur ke dewan untuk hantar makanan tue agak jauh ambik masa dekat 15 minit turun naik lift.

Mandian Bidara Madinah CleanBest

-5%
$17.90$51.00

200ml / Bottle Atasi Masalah Kulit Dengan Menggunakan Tanah Liat & Bidara Extract.

Pagi tue semua normal sebab buat kerja berdua dengan chef hotel. Malam kedua aku kena hantar sendiri sebab chef hotel banyak kerja yang nak diuruskan dekat kitchen. Jam 4.30 pagi start tolak troli yang penuh dengan makanan yang dah siap di bungkus dengan plastik rapping, mula-mula waktu tolak troli dah terasa kelainan. Kawasan yang semalam lalu suhu tak sejuk mana, tiba-tiba terasa sejuk lain macam dengan lampu tiba tiba berkelip-kelip. Aku masih buat tak tahu cuba beranikan diri naik lift dan tekan tingkat 4. Dalam lift suasana memang seram sejuk tapi masih acah-acah beranikan diri. Sampai dekat dewan siasatan tue , procedure memang kena tinggal ic dan Hp dekat meja luar dan waktu aku tinggal tue ade sorang anggota polis duduk tunggu sambil muka hadap kebawah tak kata apa cuma “hmmm” je yang keluar dari mulut dia, waktu aku mintak kebenaran nak masuk.

Bila masuk dalam bilik tue memang penuh dengan computer macam dalam tv. Siap ada papan white board yang penuh dengan gambar dan lukisan kapal terbang. Tengah syok susun barang makanan aku tersentap terkejut bila ade polis tepuk dari belakang sambil sound “macam mana aku leh masuk dan dengan sapa aku mintak kebenaran”. Aku pon cerita dengan polis yang duduk dekat kerusi luar tue. Polis tue diam dan terus cakap, yang diaorang kerja bertiga malam tue, dan waktu aku datang diaorang semua pergi merokok. Nak dijadikan cerita tue kes pertama aku kena kacau yang betul jadi depan mata. So sapa yang duduk dekat luar waktu aku datang tue. Sendiri paham la yer. Hehe

Malam ketiga aku kerja macam biase, masuk pukol 11 malam. Malam tue budak pastry buat hal, senang cakap lari malam. Berhenti tanpa letak notis, jadi malam tue aku kena masuk ganti budak pastry tue. Dah la tak tahu ape pasal pastry punya barang, aku pon buat ape yang tahu je. Bakar dalam oven semua roti yang dh separuh masak semua. Jam tunjuk pukol 3 pagi. Kitchen pastry nie agak jauh dari kitchen yang lain, jadi aku menjerit pon orang susah nak dengar. Kitchen pastry nie special sikit, sebab ade bilik coklat. Bilik nie untuk chef guna sediakan coklat dan office buat chef dekat situ.

Aura Prestige Serum

-24%
Top Selling
Out of stock
$75.90 $58.00

Aura Prestige Serum 60ml & Mandian Bidara Madinah CleanBest 200ml

-31%
Out of stock
$45.00$125.00

Aura Prestige Serum 60ml/Bottle Meningkat Aura Dengan Bacaan Doa Penaik Seri Wajah & Pati Mawar.

Pagi tue dengar macam ade orang dalam tue tengah buat kerja. Padahal aku sorang je yang duduk situ. Tak lama lepas tue bunyi radio terbukak dan yang paling best lagu dia, lagu cina zaman dulu kala. Aku cuba bukak bilik coklat tue, tapi berkunci sebab chef taknak orang masuk mungkin. Makin lama makin kuat bunyi radio tue sambil terdengar bisik macam orang cina berborak gelak mengilai. Hati mula tak tenang, tapi cuba kuatkan diri beranikan diri jugak sebab pikir aku tak kacau dia dan dia takkan kacau aku.

Tak lama lepas tue bunyi radio hilang berganti bunyi mesin grinder kopi bawah meja aku buat kerja pulak. Yang best setahu aku mesin tue dah bertahun rosak tapi masih disimpan. Aku beranikan diri tengok bawah meja dan ape aku nampak ade susuk badan berkaki panjang , panjang rambut serabai tengah senyum pandang aku. Belum sempat dia buat apa, aku terus lari pergi kitchen lain mintak tolong. Dan malam tue aku dengan chef kitchen lain tolong aku sambil temankan aku siapkan barang pastry walupon hati masih takut dengan kes sebelumnya.

Malam seterusnya aku ditempatkan di kitchen cold. Kalau korang nak tahu kitchen nie sediakn buah d******g dengan segala sayur salad. Macam biase start kerja pukol 11 malam. Budak kerja siang buat perangai game budak kerja malam. Tak sediakan buah dan sayur dalam kitchen. Jadi terpaksa la aku dengan chef kerja malam siapkan, dan yang tak seronok barang semua dekat freezer utama. Freezer utama nie agak jauh dari kitchen kitaorang, jadi lepas pukol 12 jarang ade orang masuk sebab freezer hotel agak besar sampai korang boleh masuk dalam tue.

Nak dijadikan cerita aku kena paksa pergi ambik barang tue sorang. Kalau korang nak tahu troli yang kite orang gunakan agak besar, sampai boleh buat bepuluh biji buah dalam 1 masa dan troli tue ada 3 tingkat. Kalau sapa yang kerja hotel mesti tahu punya. Aku pon buat selamba macam biase tolak troli pergi freezer utama tue. Bayangkan keadaan sejuk macam dalam peti ais ditambah pulak lampu kuning suram memang la agak seram. Aku mula masukan barang dalam troli dan bahagian atas sekali aku isi buah yang dalam bakul dan bertingkat. Tengah menunduk masukan barang dekat bahagian bawah.

IJamu Slim Gold

Aku dapat rasakan ade benda yang tengah jengah aku dari atas troli sekali. Kalau korang nk tahu troli nie memang tinggi sampaikan lagi tinggi dari aku sebab letak bertingkat. Aku cuba toleh sikit pandang kearah atas dan sangkaan aku betul benda yang sama aku jumpa waktu jaga kitchen pastry tue. Dia duduk macam mencangkung sambil memandang kearah aku. Tapi aku buat tak tahu dan buat tak nampak sambil dalam hati baca ayat kursi berulang kali. Aku tarik troli perlahan sampai dekat tempat terang baru lah benda tue hilang. Sampai dekat kitchen muka aku dah pucat tapi aku diamkan je taknak cerita dekat orang.

Malam seterusnya aku kerja macam biasa tiada gangguan yang serius cuma ternampak kelibat orang tengah mandi pukol 3 pagi dekat kolam mandi. Restaurant hotel nie betul berada dekat atas swimming pool, dan nak dijadikan cerita malam tue nak sediakan barang untuk breakfast. Tiba-tiba kawan aku panggil. Dia tunjuk perempuan tengah berenang tapi rambut dia panjang sampai kekaki menutupi seluruh badan dia. Aku yang pura-pura berani cuba tenagkan keadaan dan terus beredar dari situ. Kawan aku masih diam seribu bahasa sampai kepagi akibat Ketakutan.

Malam seterusnya. Jam 10.30 aku sampai tempat parking bawah tanah. Tiba-tiba aku terdengar suara orang berborak riuh disebalik tiang. Aku cuba menegur “wow meriah borak kutuk boss ke” tiba disebalik tiang keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Tak kelihatan seorang pon disitu. Hanya aku sendiri. Aku teruskan perjalan seperti biase. Aku terus pergi ke laundry untuk mengambil baju chef yang dah siap dicuci. Masuk didalam loker keadaan sama. Suasana riuh seperti orang berborak. Tetapi bila melalui satu persatu lorong tiada siapa pon yang kelihatan. Bulu roma mula menegak dan hati mula tak tenang. Aku mempercepatkan menukar baju dan waktu hendar keluar dari bilik loker akan kelihatan cermin besar dan kelihatan susuk tubuh manusia berbaju chef dduk sambil kepala menunduk didalam cermin. Aku berlari keluar dan mengceritakan kepada chef yang bekerja malam tue. Dia cuma senyum seperti sudah amat lali dengan ape yang aku lalui… jam menunjukan 6.30 pagi. Aku kesurau untuk solat subuh. Keadaan surau yang terang membuatkan aku seperti tiada ape. Pada rakaat kedua tiba-tiba terasa ade orang lain dibelakang seperti menumpang solat sekali berimamkan diri aku. Aku menghabiskan solat subuh seperti biase sambil memesan dia makhluk Allah yang lain tapi baik mahu solat.

Sabun Sertu Almughallazoh

Malam terakhir kerja shift malam. Aku masih di kitchen cold dan jam menunjukan tepat 4.50 pagi. Aku terpaksa masuk ke kitchen butcher untuk mengambil daging untuk membuat salad esok pagi. Kalau korang nk tahu kitchen butcher memang seram sebab dekat sini tempat penyediaan segala daging. Dan yang paling penting sini kawasan yang banyak d***h mengalir. D***h ayam, d***h ikan dan segala binatang akan disediakan disini. Masuk sahaja aku dah rasa seram sejuk sebab bau hamis d***h yang agak kuat. Aku masuk freezer untuk ambik daging untuk buat salad tue dan ape yang agak terkejut bila pintu freezer seperti dikunci dari luar. Pada mulanya aku sangkakan chef dekat situ bergurau, tapi hampir 5 minit aku cuba tolak untuk membuka pintu tue tak terbuka, hati mula risau.

Aku dapat rasakan ade benda yang sedang mengacau aku. Keadaan sejuk dalam freezer seawal jam 5 pagi teramatlah menyiksakan. Aku menjerit mintak tlong sambil cuba call berkali kali chef untuk mintak tolong, dan yang pelik hp tiada line langsung. Hampir 15 minit aku didalam tiba- tiba kedengaran pintu freezer dibuka dan ape yang aku nampak chef aku tengah carik aku sambil memekik “agak- agak la nak tido dalam nie, gila ke sejuk gini” aku terus berlari keluar dan ceritakan ape yang terjadi dekat chef yang berkerja disitu. Rupanya chef disitu seperti dah tahu ape yang terjadi pada aku. Dia cuma cakap yang mungkin aku orang baru dan dia nak berkenalan dan bermain. Seribu satu cerita yang dah terjadi dekat situ. Cuma yang pernah bekerja malam sahaja akan merasai pengalaman seperti itu.

Jamu Khas Wanita

-21%
BACK IN STOCK!
$35.00$95.00

Ijamu Power Gold 60 Biji/Bottles Membantu Wanita Menjadi Sexy, Sihat dan Terbaik!

Ke esokan harinya aku Offday dan seperti yang ape aku jangkakan , aku demam panas dan lesu 1 badan. Aku dibawa ke pusat rawatan islam terkemuka dekat Bangi dan ustaz disana cuma mengatakan yang aku diganggu oleh mahkluk Allah yang lain. Tiga bulan berlalu dan pengalaman aku kerja malam tak dapat nak lupakan.

Masih ade cerita- cerita yang aku tak reti nak cerita. Last day aku dekat hotel tue dan habis intership aku. Malam tue aku balik pukol 11.39 malam. Lepas je nak keluar dari parking bawah tanah, untuk kali terakhir aku terlihat susuk tubuh putih yang duduk dicelahan batu tiang hotel yang besar. Aku pura-pura tak nampak dan teruskan perjalan balik rumah. Jadi tue pengalaman aku kerja hotel. Insyallah ade rezeki sambung cerita hotel dekat Kuala Lumpur. Aku staff hotel baru.

Jadi jangan ingat kerja hotel benda yang mudah. Sekian..

Kulit Sensitif Dan Gatal-Gatal

-22%
$10.90$30.00

750ml Per Bottle

-54%

Best Selling

Itchy Anywhere

$10.90$78.00

Itchy Anywhere Soap & Itchy Anywhere Cream.  Melegakan kegatalan kulit.

#FS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *