Kesan Minyak Dagu & Cerita Sebenar Mangsa Minyak Dagu

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

(Al-Baqarah 2:102)

Apakah minyak dagu?

Minyak dagu ini adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati ada juga di perbuat daripada manusia yang masih hidup. Sebenarnya bukan hanya kepada dagu orang perempuan mati beranak sulung sahaja. Ada yang menggunakan mayat orang mati dibunuh untuk membuat minyak dagu.

Tanda terkena minyak dagu:

  • Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
  • Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
  • Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
  • Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu. ( Bergantung kepada kekuatan Minyak Dagu itu sendiri. Yang paling rendah kekuatannya pun mampu buatkan kata-kata si pemakai minyak ini dituruti walaupun secara logik akalnya perkara itu salah )
  • Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
  • Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
  • Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
  • Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
  • Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
  • Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
  • Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

ARTIKEL SEBENAR YANG TELAH DITULIS OLEH HARIAN METRO TENTANG MANGSA MINYAK DAGU:

Lelaki warganegara Bangladesh ini cuba untuk menyalitkan minyak dagu kepada isterinya sebanyak 3 kali!

Image from fbcdn.net

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, lelaki Bangladesh itu ditumbuk oleh Shahrul yang merupakan seorang kakitangan penyelenggara kerana didakwa atas cubaan menggunakan minyak calit pengasih atau lebih dikenali sebagai minyak dagu untuk memikat isterinya.

Ketika kejadian itu, warga asing yang berumur 40-an itu didakwa telah menyentuh tangan wanita itu beberapa kali di tempat kerja iaitu sebuah kilang di Bukit Beruntung.

Kata Shahrul, isterinya baru sahaja mula bekerja di kilang itu sebagai penyelia sebulan yang lepas. Beliau juga pernah mengadu bahawa warga asing terbabit bertindak menyapu minyak yang pelik di tangannya.

Namun, aduan isterinya itu tidak diendahkan oleh Shahrul kerana baginya perkara itu mungkin dilakukan dengan tidak sengaja.

Shahrul terpaksa membawa isterinya pergi berubat untuk membetulkan keadaan. Risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Shahrul juga menyuarakan ketidakpuashatian dengan perkara yang telah berlaku.

Katanya, “Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran.”

Kejadian ini juga telah berlaku di tempat kerja dan telah dirakam oleh Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang ada di tempat itu

Menurut Shahrul lagi, perkara seperti ini harus dijadikan ikhtibar untuk semua wanita untuk lebih berhati-hati. Beliau juga mengatakan tidak hairanlah kenapa ramai wanita tempatan mengikut lelaki warga asing, ini rupanya rahsia hitam mereka.

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada niat untuk berlaku kejam terhadap sesiapa, hanya sekadar pengajaran untuk saling mengingati dan berhati-hati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Laporan polis juga telah dibuat oleh Shahrul dan pihak kilang berkenaan untuk siasatan lebih lanjut mengenai kes ini

Shahrul juga mengatakan beliau tidak takut dan akan sedia dihukum jika didakwa sengaja mereka-reka cerita. Beliau juga telah menyerahkan segala bahan bukti kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.


Seram bukan? Jadi kita kena lah berhati-hati, bila rasa ada sesuatu lain macam je. Cepat-cepat mandi dengan Mandian Bidara Madinah Cleanbest. Insyaallah dengan izin Allah, kita terpelihara daripada perkara yang tak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *