Kira Waktu Subur Kalau Tak Nak Mengandung?

Ada pula yang taknak mengandung ya?

Setiap pasangan perlu tahu cara mengira waktu subur wanita jika tidak suka menggunakan alat pencegah hamil ataupun sedang cuba hamil.

Apabila kitaran haid bulanan adalah normal dan teratur, tugas mengira waktu subur wanita akan menjadi lebih mudah. Tetapi bagi wanita dengan kitaran haid yang tidak teratur, kaedah mengira waktu subur wanita mungkin lebih sukar. Walau bagaimanapun ia masih boleh dilakukan, cuma dengan cara yang berbeza.

Clay Intimate Wash + Bidara Extract

Cara menghitung waktu subur wanita apabila kitaran haid tidak teratur:

  • Catatkan tempoh kitaran haid anda untuk 6 bulan. Misalnya, dalam bulan Januari kitaran haid anda adalah 25 hari, Februari: 28 hari, Mac: 30 hari, dan seterusnya hingga 6 bulan.
  • Perhatikan bilangan hari kitaran terpanjang dan kitaran terpendek
  • Jika kitaran terpanjang adalah 35 hari, tolak 11 dari  35 hari, hasilnya ialah 24.
    Sekiranya kitaran terpendek adalah 25 hari, tolak 18 dari 25 hari, hasilnya ialah 7
  • Maka anggaran waktu subur wanita adalah hari ke-7 hingga hari ke-24 selepas hari pertama datang haid pada setiap bulan.

Selain menghitung secara manual, kini terdapat juga kalendar kehamilan atau app yang membolehkan anda untuk mengira waktu subur wanita dengan mudah. Anda hanya perlu memasukkan tarikh pertama haid anda.

Clay Intimate Wash + Bidara Extract

Biarpun ramai wanita telah mencuba cara semulajadi ini untuk mengawal kehamilan, ketepatannya tidak 100%. Banyak faktor lain seperti masalah hormon juga boleh menyumbang kepada berlakunya kehamilan selain faktor kesuburan.

Di samping itu, ketahanan sperma setiap lelaki adalah berbeza. Biarpun anda melakukan hubungan seks di luar masa subur, sperma masih boleh bertahan beberapa hari di dalam badan wanita sehingga tiba saatnya waktu subur.

Secara umum, sperma boleh hidup di dalam badan wanita selama 5 hari. Jadi, jika anda ingin menggunakan kaedah menghitung untuk mencegah kehamilan, carilah masa yang lebih “selamat,” misalnya 5 hari sebelum dan selepas waktu subur wanita.

Clay Intimate Wash + Bidara Extract

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *