Makanan & Minuman Awak Mungkin Dah Disihir! Baca ni..

Ditakrifkan sebagai sihir makan iaitu jenis yang masuk ke dalam perut dan terus ke darah dan biasanya dicampur dalam makanan atau minuman. (Di Malaysia, mungkin sihir ini ditakrifkan sebagai santau makan, nasi tangas, nasi kangkang daln lain-lain lagi.) 

Cara Berlaku Sihir Makanan atau Minuman:

Sama ada melalui najis, mantera, wafaq, serbuk atau cecair yang ditapa kemudian medium ini dicampur ke dalam makanan atau minuman sasaran sama ada ahli politik, musuh, suami, anak, menantu, mertua, jiran, sahabat dan umumnya seluruh manusia. Bahan tadi akan bertindak membuka laluan kepada jin yang jahat masuk ke tubuh. Ianya umpama ‘penanda’ yang mengarahkan jin jahat mengecam mangsa yang akan dirosakkannya setelah arahan diberi. Jin sebenarnya bebas keluar masuk dalam tubuh manusia, tetapi dengan bahan tadi, bermakna sasaran tadi menjadi mangsa jin yang lebih ganas yang mempunyai/mempelajari sihir.

Salah satu cara sihir adalah melalui makanan, jadi apa cara nak kenal pasti makanan atau minuman tu ada sihir ke tak..

Cara Nak Tahu Makanan atau Minuman Disihir:

  1. Jika makanan baru ditelan, bahagian tepi perut akan rasa ngilu atau sakit.
  2. Selepas makan, kerap muntah2 .
  3. Rasa mual kat tekak bila dengar alunan alquran.
  4. Perut rasa macam masuk angin, tapi bila time ambil wudhuk atau nak solat, baru lah terkentut-kentut.
  5. Rasa ada pergerakan dalam perut
  6. Setiap kali nak baca alquran, rasa macam ada bebola yang menyekat kat tekak.
  7. Sangat berbau busuk ketika sendawa atau kentut, bau akan bertambah kuat apabila sedang diruqyah atau dengar bacaan quran.
  8. Sakit yang teramat sangat ketika haid
  9. Jika perut disentuh, terasa sakit yang teramat sangat walaupun pegang sikit.
  10. Hilang selera makan atau sentiasa lapar je memanjang.
  11. Susah bernafas walaupun tiada masalah semput
  12. Badan terasa berat terutamanya di bahu ataupun tengkuk
  13. Bengkak di sekitar perut
  14. Bila pejam mata, nampak seakan tali atau rambut berjuntaian

Ibnu Katsir saat menafsirkan surah al-Baqarah, ayat 102 yang bercerita mengenai fitnah syaitan kepada Nabi Sulaiman. Di dalam penceritaan yg panjang itu Syeikh Al Qurtubi menceritakan daripada seorang ulamak yg bernama Wahab bin Munabid iaitu cara untuk mengubati Sihir : “ Di ambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lantas digabungkan air serta dibacakan Ayat Kursi serta di beri minum pada orang yang terserang sihir tiga kali teguk serta baki airnya diguna untuk mandi, Insya Allah bakal hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas & Ayatul Kursi kerana ayat-ayat itu bisa mengusir Syaitan. ”

(Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171)
(Tafsirul QuranilAzim Juz : 1 halaman 372)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *