Mati Pucuk Angkara Sihir?

Boleh ke mati pucuk disebabkan oleh Jin? Bukan ke mati pucuk disebabkan masalah kesihatan atau perubatan? Tapi, kalau sebelum ni takada masalah pucuk, selepas kahwin tiba-tiba berlaku masalah ni, betul ke ada kena mengena dengan Jin. Jom kita baca dan fahamkan perkara-perkara yang saya nak kongsikan ni.

Jika anda berada dalam situasi ini, cepat-cepat berubat dengan Mandian Bidara Madinah CleanBest. Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
Ataupun jika jin tersebut tidak boleh masuk ke dalam tubuhnya, ia akan menyihir ‘penglihatan’ lelaki tersebut bahawa wanita yang nak dilamar berwajah buruk kemudian membisikkan perkara-perkara buruk kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukan oleh Jin kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamaran akan ditolak oleh wanita tanpa alasan yang kukuh ataupun jika telah diterima lamaran pihak lelaki pada awalnya, wanita tersebut akan putuskan.

Tanda-tanda sihir jodoh:

  • Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  • Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang).
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Fakta Penting Tentang Sihir:

  • Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.
  • Jika rasa sakit terus menerus di perut, sihir bermula daripada makanan atau minuman.
  • Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:
    i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.
    ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.

Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: “Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam.”

Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

  1. Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.
  2. Pesakit atau perawat solat 2 rakaat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir.Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

Sihir Ikatan

Suami yang tidak boleh menggauli isterinya disebut ‘terikat’. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.
Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ‘ ikatan’ tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:
Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

Pertama:Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji ‘testis’ kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai ke kulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.

Kedua:Rangsangan seksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.

Ketiga:Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya ‘ikatan’ Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang.

Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua ‘terikat’ atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami ‘terikat’ tersebut. ‘Terikat’ wanita ini ada beberapa keadaan:

Menghalangi :

Seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merpatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:”Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: “Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula.” Setelah si suami mencubaya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian si isteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.

Melenyapkan Kenikmatan:

Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu tidak merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.

Berlaku Pendarahan :

Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabila suami ingin menggauli isterinya.

Wujud Sumbatan :

Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.

Hilang Perawan :

Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapati badannya benar-benar seperti janda tetapi apabila dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.

Perbezaan Terikat, Mati Pucuk & Lemah Tenaga Batin

Terikat – Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.

Mati Pucuk – Tidak upaya untuk melakukan persetubuhan dengan isteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.

Lemah Tenaga Batin – Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *