Patahkan Ilmu Pelesit

Kali ini saya ingin berkongsi cara bagaimana nak mematahkan ilmu pelesit atau pun bajang kerana dua ilmu ini lebih kurang sedikit sebanyak ada sama intipatinya pembuatannya dan manteranya.

Saya juga akan kongsikan secara umum cara membuat pelesit tapi dah ditapis tanpa ada bacaan mantera-mantera yg khurafat lagi menyesatkan, cuma pengetahuan secara umum bagi mengelakkan kita terjebak dan terperangkap dlm kesyirikan kepada Allah swt.

Cara membuat pelesit:

  1.  Pergi malam hari ke kubur si mati adalah anak pertama yg mati di kandung oleh ibu yg juga anak pertama
  2.  Kematian tidak boleh lebih dari 40hari.
  3.  Lepas dah korek mayat si mati, hendaklah dibawa menghadap depan busut sambil didodoikan dengan jampi amalan pembangkit.
  4.  Bila mayat anak yang didodoikan tadi menangis dan menjelirkan lidahnya, dengan pantas gigit lidah mayat anak itu sehingga putus.
  5.  Bawa tempurung kelapa dari kelapa hijau muda di mana2 pertemuan simpang 3 yg sunyi tiada orang lalu.
  6.  Bakar dalam tempurung itu sehingga mengeluarkan minyak.
  7.  Bila minyak dah agak separuh penuh, rendamkan lidah yg digigit td dalam tempurung tu tadi.
  8.  Tanam tempurung dgn lidah tadi di tengah2 pertemuan simpang 3.
  9.  Biarkan tertanam dan x bersentuh selama 3 malam,bila korek nnt ia akan berubah menjadi pelesit dan akan bertuankan anda.

Segala langkah dan amalan di atas kena ada mantera dan saya tak sertakan sekali sekadar umum sahaja.

Cara nak patahkan ilmuan ini:

Bahan-bahannya:

  1.  Tebu hitam
  2.  Limau kasturi 21 biji
  3.  Limau purut 7 biji
  4.  Garam kasar 3 kg(anggaran)
  5.  Daun sireh 21 helai
  6.  Jarum jahit 7 bilah
  7.  Segantang beras

Ayat2 yang digunakan adalah

  • Al Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Al Falaq
  • Al Ikhlas
  • An Nas
  • Yaasiin 9
  • Al Ankabut 57
  • Yaasiiin ayat 58

Ulang sekurang2nya 100x selama 7 malam berturut dan niat tujuan apa dihati. Pastikan dlm keadaan suci dari hadas besar dan berwudhu. Cara-cara nak gunakan bahan-bahan dia atas bagi patahkan ilmu pelesit kenalah berguru kerana jika tiada ilmu dan kaedah yang betul, boleh binasa diri..

Semoga anda semua mendapat manfaat berguna dalam perkongsian kali ini. Wassalamualaikum wbt.

Via Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *