Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless Seperti Korea!

Kulit lembut dan licin..

Wanita mana yang tidak obses untuk memiliki kulit selembut dan selicin sutera? Kalau ada cara mudah untuk mendapatkan kulit seperti itu, pasti semua wanita sanggup membuatnya, kan?

Trend penjagaan kulit yang terkenal sekarang adalah trend glass skin dari Korea. Seperti namanya, trend glass skin ini menjanjikan kulit yang licin, glowing dan selembut sutera.

LA based makeup artist Ellie Choi revealed her step-by-step routine to achieving 'Glass Skin' and it's going viral for all the right reasons (I mean LOOK at it!) Tap the link in bio to see all the products she uses to achieve this perfect poreless look. via ALLURE MAGAZINE OFFICIAL INSTAGRAM - Fashion Campaigns Haute Couture Advertising Editorial Photography Magazine Cover Designs Supermodels Runway Models #SkinCarePimplesHomeRemedies

Dan yang paling best, ada seorang jurumekap terkenal dari Los Angeles telah mendedahkan apa rahsia rutin penjagaan untuk dapat kulit seperti ini!

Rahsia rutin penjagaan kulit

Ellie Choi, jurumekap yang aktif di Los Angeles telah tular di media sosial apabila rahsia penjagaan kulitnya mendapat perhatian ramai. Pada mulanya, Ellie hanya mendedahkan rahsia rutin penjagaan kulit itu di Twitter. Tapi, tiba-tiba ia semakin hangat di Instagram, hingga dapat 20,000 likes!

Semuanya kerana ramai yang kagum dengan kecantikan kulit Ellie.

Exceptional Beauty info are offered on our website. Check it out and you will not be sorry you did. #Beauty

Rahsianya? Okay jom kita check satu persatu rutin harian beliau.

1. Kenali jenis kulit muka

Pertama sekali, Ellie menyarankan kita semua (wanita yang mahu menjaga penampilan) dengan mengenalpasti jenis kulit muka apa yang kita ada. Adakah ia kering? Berminyak atau kedua-duanya sekali?

Seperti Ellie, beliau ada gabungan kulit berminyak dan kering. Untuk lebih spesifik, beliau mengenalpasti bahagian mana yang paling banyak minyak. T-zone (kawasan hidung dan dahi) beliau adalah kawasan paling berminyak. Jadi, beliau memberi fokus pada pencuci muka pula.

2. Jangan lupa cuci mekap!

Setiap malam, Ellie akan memulakan rutin penjagaan kulitnya dengan mencuci makeup. Beliau mencuci mekap dengan Neutrogena’s Makeup Remover Cleasing Wipes.

Tapi bukan setakat itu saja rutin beliau, ya! Kemudian, beliau akan mencuci muka dengan 2 jenis pencuci.

Satu adalah Cetaphil’s Daily Facial Cleanser. Manakala satu lagi adalah Kiehl’s Ultra Facial Cleanser. Kenapa sampai 2 pencuci? Satu pencuci saja boleh? Boleh!

Kedua-dua pencuci ini tak akan menghakis kulit dan menyerap segala lembapan selepas anda mencuci muka dan membuang mekap.

Bluestream - #Bluestream

3. Toner paling penting

Selepas mencuci muka, Ellie beralih ke toner (penyegar). Ramai yang menganggap toner tidak penting kerana ia mungkin akan membuatkan kulit dehidrasi.

Tapi ia adalah tanggapan yang salah! Ellie menggunakan toner Clinique Clarifying Lotion 3.

4. Pakai pelembap dalam jumlah yang tepat

Cakap tentang hidrasi, Ellie menegaskan yang semua wanita harus memakai pelembap dalam jumlah yang betul.

Anda wajib untuk pakai pelembap selepas menggunakan toner. Pelembap yang dipakai untuk mendapat kulit selembut sutera seperti Ellie adalah Cetaphil’s Moisturizing Cream dan Wonjin Effect’s Water Bomb Cream (ini lebih bagus untuk kulit berminyak!)

5. Mask

Ellie juga selalu memakai mask untuk rutin penjagaan kulit tambahan. Tapi ia bukan selalu dipakai pun! Cukuplah selang sehari. Ellie memakai mask Skinfood’s Black Sugar Strawberry Wash Off Mask. Mask ini dikatakan boleh memberi kulit muka yang kelihatan glowing secara semulajadi dan sihat.

Dan nampaknya Ellie tidak salah! Kandungan gula dan strawberi amat bagus sebagai kandungan yang lembut untuk menghilangkan sel-sel kulit mati.  Selepas itu, barulah kulit anda boleh bersinar dan lembut bak sutera!

Ellie juga menyarankan mask jenama Innisfree yang boleh dipakai sebanyak 2 kali seminggu.

Jom cuba rutin penjagaan kulit ini untuk dapat kulit idaman kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *