Resepi Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap

Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak: 45 minit, Jumlah Hidangan: 4 biji kuih kelopak 8

Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang,serta sangat harum baunya hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang kita gunakan.

Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yg sangat sedap. Cuma anda perlukan teknik yang betul untuk mendapatkan kerak yang sedap semasa proses membakar. Ikut je resepi yang nak tunjuk ni Insyallah kuih bakar pandan anda sedap dan lembut sampai ke malam. Sukatan cawan dan gram disediakan.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk jus pandan:

  1. 1 cawan /250ml air
  2. 5 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk kuih bakar pandan:

  1. 2 cawan /250 g tepung gandum
  2. 1 cawan /200 g gula putih
  3. ½ sudu kecil garam
  4. 2 ¼ cawan /563 ml santan
  5. 3 biji telur
  6. 2 sudu besar majerin
  7. sedikit pewarna hijau
  8. sedikit minyak
  9. bijan secukupnya untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C, api atas bawah.
  2. Potong kasar daun pandan, kisar halus bersama air untuk hasilkan 1 cawan jus pandan. Tapis jus pandan dan ketepikan.
  3. Masukkan tepung gandum, gula putih, garam, santan, jus pandan, telur, majerin dan pewarna hijau ke dalam blender. Kisar halus dan tapis.
  4. Ambil acuan bunga kemboja, tuang sedikit minyak dalam acuan dan kemudian panaskan.
  5. Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan sehingga bijan bertukar menjadi warna sedikti perang. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum dibakar.
  6. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar pandan menjadi warna perang.
  7. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
  8. Sejukkan sebelum dipotong.

Tips:

Pada 10 minit terakhir, kuatkan oven kepada suhu 190°C supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.

Resepi Che Nom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *