Semua Orang Ada Qarin? Saka Pula Bagaimana?

Apa Beza Saka dan Qarin? Macam mana nak tahu perbezaannya?

Ada jin, ada iblis. Ada jugak saka, ada jugak Qarin. Jadi apa bezanya?

Di dalam alquran, banyak nama jin yang disebut seperti ifrit, jin, syaitan dan qarin. Di dalam hadis pula, nama yang ada disebut, Ummu Sibyan, Al- Walahan, Khanzab, Aamir dan sebagainya. Semua nama yang disebut ni adalah jin2 yang menganggu manusia.

Qarin

  • Qarin berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud teman. Ini merujuk kepada jin dan juga malaikat yang akan berdamping bersama manusia sehingga mati.
  • Kalini, kita akan fokus pada Qarin yang terdiri daripada Jin. Berbeza dengan saka, Qarin memang dah ada dengan kita sejak lahir lagi. Qarin ni akan selalu mendorong kita untuk buat dosa dan maksiat.
  • Qarin tidak dapat dibuang atau dibunuh tapi ada cara untuk melemahkan qarin. Dengan banyakkan membaca alquran, berzikir dan melakukan amalan2 yang baik, qarin makin lama akan makin lemah.

 

Saka

  • Saka adalah jin yang terdapat pada perjanjian antara jin dan manusia. Apa berlaku jika tuan kepada saka mati? Saka tersebut akan cari tuan baru daripada keturunan asal tuan dia. Jin mempunyai usia yang panjang, jadi saka boleh bertahan selama berkurun lama nya.
  • Saka juga akan melindungi tuannya dan ikut perintah tuannya.

 Perbezaan Saka Dan Qarin

  1. Qarin naturally dah ada dengan manusia, sedangkan Saka adalah perjanjian untuk minta perlindungan daripda jin.
  2. Allah telah utuskan Qarin untuk setiap manusia, manakala Saka pula hanya orang tertentu sahaja yang ada
  3. Qarin tidak dapat dibunuh atau disingkirkan, Saka boleh dibunuh dan disingkirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *