Soalan Yang Biasa Ditanya Bila Pelihara Kucing Dan Masalah Gatal Kulit

Kadang-kala jika melihat orang lain membela binatang berbulu seperti kucing yang comel-comel pasti membuatkan kita geram dan teringin untuk memiliki haiwan peliharaan. Selain tingkah dan gaya mereka yang menghiburkan hati, membela binatang peliharaan ini juga boleh membuatkan hari-hari kita tidak lagi sunyi.

Buat anda yang ada masalah kulit tapi teringin nak bela binatang berbulu pasti tertanya-tanya, boleh ke bela kucing kalau ada masalah kulit. Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penerangan dari Dr Khairul Faizie mengenai soalan lazim berkaitan masalah kulit dan bela kucing yang sedikit sebanyak diharap dapat membantu menjawab persoalan anda di luar sana.

SOALAN LAZIM BERKAITAN MASALAH KULIT & BELA KUCING

 1) Saya gatal gatal kulit ni. Kucing saya ada kutu. Risau jangkit kutu kucing. 

JAWAPAN: 
Kutu kucing ( cat lice) di sebabkan jangkitan kutu yang bernama Felicola subrostrata. Berita baik nya, kutu kucing ialah ‘ species – specific ‘. Makna nya, kutu Felicola subrostrata ini TIDAK BOLEH menjangkiti manusia. Kutu kucing tak boleh survive pada kulit manusia. Kutu yang menjangkiti manusia tu dari species yang lain, yang di beri nama Pediculus humanus. Kutu manusia pun, tak boleh menjangkiti kucing.

2) Kucing aku ada kurap doc. Boleh ke aku dapat kurap dari beliau?

JAWAPAN:
Boleh. So kalau kau bela kucing kurap, hati hati masa handle kucing.

3) Anak saya ada kudis ni. Saya syak mungkin jangkit dari kucing yang kami bela.

JAWAPAN:
Memang kudis pada kucing, boleh menjagkiti manusia. Tetapi, kena faham bahawa kudis pada kucing adalah tersangat jarang ( rare). Kudis kucing dipanggil sarcoptic mange. Jadinya, periksa juga kucing anda dengan doktor veterinar. Anda mungkin sangka kucing anda ada kudis / scabies, tetapi mungkin sebenarnya kucing anda ada jangkitan lain seperti kurap kucing atau jangkitan bakteria pada kulitnya. Dan kalau betul anda kena kudis / scabies, ini bermakna anda dapat jangkitan dari pihak lain ( contohnya dari asrama, ofis, tempat awam, etc).

Kesimpulan

So, ini adalah 3 keadaan jangkitan kulit pada kucing, yang mana hanya 2 daripadanya berpotensi menjangkiti manusia. Pastikan anda hantar kucing kesayangan anda tu sebulan sekali ke Klinik Haiwan untuk monthly checkup dan mandi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *