Tolonglah Wahai Rakyat Malaysia…

Ya Allah… masih bersyukur. Sekurang2nya rakyat Malaysia cuma dikenakan ‘Restricted Movement’ – Pergerakan Terkawal. Bukan lock down seperti di Italy/Wuhan.

Kalau di Italy, dah beribu, terkini 31,506 kes dari 25,000 dua hari yg lepas, yang infected Covid19, 2503 kes kematian, kesian Italy. Pada awalnya hanya Restriction Movement, tetapi rakyat mereka mengambil mudah, sehingga kerajaan announced darurat ‘lockdown’.

Semoga di Malaysia masih boleh di selamatkan lagi, semoga tak jadi darurat sehingga kena lockdown.

Di Italy, lockdown

1. Polis merata di jalan raya mengawal orang keluar rumah. Mereka perlu dapatkan permit utk keluar rumah.
2. Denda sebanyak 200 Euro (RM1000) jika keluar rumah tanpa permit.
3. Kena mengikut undang2 ‘social distancing’ jarak 1 meter dan tidak boleh berkumpul.
4. Sesiapa yg dijangkiti Covid19, sekiranya masih lagi berjalan keluar seperti biasa, sekiranya tertangkap, didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman sehingga 12 tahun penjara.

Seluruh Italy lumpuh, lengang tanpa sesiapa boleh sesuka berada di jalanan.
Wahai rakyat Malaysia, sementara keadaan masih terkawal lagi, kita ikut lah restriction movement ini. Banyak dah dlm group whatsapp mengatakan belajar dari kesilapan orang di Italy.

Dari sudut ugama pun ada hadith Rasulullah SAW,
“Jika kamu mendengar taun (wabak) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi masuk ke tempat itu. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, maka jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tolong taat perintah, jangan balik kampung!

Italy hancur sebab 10,000 orang balik kampung dari kawasan merah sebelum kuarantin dilaksanakan.
China dan kemudiannya seluruh dunia jadi teruk sebab 5 juta orang lari keluar dari Wuhan sebelum perintah berkurung berkuatkuasa.
JANGAN balik kampung!!

JANGAN tinggalkan kawasan anda!!
ANDA MUNGKIN ADALAH PENYEBAR VIRUS COVID-19!!

Kemungkinan akan berjangkit kepada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, & jiran-jiran yang lain. tak kesian ke kepada mereka??
Orang tua lagi sukar sembuh dan tahap kematian tinggi akibat jangkitan covid-19 adalah daripada golongan berusia kerana mereka lebih lemah.
Tolonglah wahai rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *