Vitamin E Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Ada macam-macam cara untuk kita consume Vitamin E. Ada daripada buah-buahan, supplement ataupun skincare. Jom tengok apa kelebihan Vitamin E untuk kesihatan!

KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK KESIHATAN & KESIHATAN

1. Pelindung Sel Darah Merah

Kelebihan Vitamin E yang kebanyakan orang tidak tahu adalah ia dapat melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat,bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas.

2. Ketahanan Tubuh

Kelebihan Vitamin E juga adalah ia dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membantu mengatasi tekanan,meningkatkan kesuburan,meminimumkan risiko kanser dan juga penyakit jantung.

3. Antioksidan

Semua Vitamin E adalah antioksidan dan banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas.

4. Mengatasi Masalah Pre-Menstrual

Bagi anda yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

5. Mencegah Kedutan

Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.

6. Menghilangkan Parut

Parut selalunya terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan dan juga akibat jerawat. Kelebihan Vitamin E ini adalah ia mampu mengurangkan kesan parut kerana ia akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit.

7. Mengurangkan Jeragat

Jeragat pada kulit berpunca oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin Edisapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.

8. Kutikel

Vitamin E adalah satu rawatan berkesan untuk kutikel kering dan merekah. Minyak Vitamin E akan melembabkan dan juga mengurangkan masalah kuku dan kutikel kering

9. Mencerahkan Kawasan Aerola

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pastinya kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran,ia akan membuatkannya menjadi semakin gelap.
Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten,ia akan membantu kawasan gelap tersebut mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Malah stretch mark juga akan semakin pudar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *