Wanita Hebat Yang Patut Dijadikan Inspirasi Semua Wanita

Wanita-wanita Malaysia yang luar biasa ini bukan sahaja dikenali atas sumbangan mereka dalam seni atau fesyen, tetapi juga dalam memperkayakan gaya hidup wanita di negara ini. Kami senaraikan 14 individu yang berjaya membuktikan kepada dunia bahawa wanita mampu menggoncang dunia.

1. Datin Vivy Yusof

Siapa yang tak kenal dengan ikon fesyen terkenal, Vivy Yusof? Sebagai pengasas dua jenama kukuh dalam industri fesyen dan e-perdagangan iaitu Duck Scarves dan Fashion Valet, Datin Vivy Yusof sudah tentu seorang idola gadis-gadis muda di Malaysia.

Datin Vivy telah mencapai begitu banyak anugerah di dalam dan di luar negara. Dia telah disenaraikan di Forbes sebagai salah satu usahawan dalam senarai “30 Under 30 Asia” pada tahun 2017. Datin Vivy juga mendapat penghormatan atas kolaborasinya bersama Yang Teramat Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Yang Terhormat Putri Sarah dari Negara Brunei Darussalam untuk menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad, The Royal dUck.

2. Neelofa

Pelakon, pengacara, model dan juga usahawan, Neelofa benar-benar seorang ratu! Dengan kejayaannya yang berterusan, dia juga tersenarai dalam “30 Under 30 Asia” bersama dengan Vivy!

Neelofa berjaya menceburi bidang keusahawan dan telah membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab. Jenama tudung itu dilaporkan sedang berada dalam landasan antarabangsa di mana koleksinya boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura. Neelofa terus bersinar di mata dunia apabila beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk AirAsia! Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menyifatkannya sebagai orang yang pintar.

3. Dr. Amalina Bakri

Siapa masih ingat lagi Dr. Amalina Bakri? Nama yang pernah menggegarkan negara pada suatu masa dulu apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004! Kecemerlangan itu akhirnya membawa beliau ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Gadis pintar ini mendapat keputusan 17A dalam SPM yang menjadi suatu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kepandaiannya menjadi sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar lain! Kini, Dr Amalina Bakri difahamkan sedang menjalani latihan sebagai “surgical trainee” di Imperial College Healthcare NHS Trust dalam bidang kanser payudara, trauma/kecemasan dan pembedahan umum. Selain itu, beliau juga aktif dalam memberi ceramah di pelbagai universiti tentang kepakarannya!

4. Raja Nadia Sabrina

Pada mulanya, Raja Nadia Sabrina bekerja sebagai seorang peguam. Pada masa yang sama, beliau mula berjinak dalam dunia blog yang menjadi pentas untuk beliau berkongsi minat yang dalam terhadap fesyen dan seni.

Berpeluang untuk memulakan label Aere pada 2014 yang menegaskan gabungan konsep elegan, selesa dan versatil untuk Muslimah. Pada Julai 2016, beliau berjaya membawa jenama Aere ke peringkat antarabngsa di Minggu Fesyen Jakarta. Hebat nya!

Wanita-wanita dalam senarai ini boleh dikategorikan sebagai “wonder women” atas kejayaan mereka dalam pelbagai aspek. Tentunya kita semua sungguh kagum dengan apa yang mereka mampu buat untuk mengubah tanggapan orang ramai yang menggambarkan wanita sebagai insan yang tak kuat dan tak bercita-cita tinggi. Tiba masanya untuk kita hapuskan persepsi itu! Kami berharap wanita-wanita luar biasa ini akan teruskan memberi inspirasi kepada anda semua untuk mengejar impian anda. Ingatlah, kami semua ratu di hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *